I Know What You've Did Last Thursday.. Ehem2 (Part 2)

Tuesday, December 8, 2009

Hmm.. Apa yang aku buat hari Khamis lepas ah?? Cuba ingatkan balik..(Bhgn 2)

Orait, nak tau sambungan pasal cerita kelmarin tak? Okay, aku teruskan cerita aku pasal Xbox360 tu. Korang semua mesti nak tau games ape yang aku main on that wonderful evening kan?

Hahaha.. kita dengar ulasan dari wartawan hasil asuhan Mastika Idol ni menyampaikan kupasan beliau mengenai permainan video yang beliau mainkan menerusi TV LCD 40inci. Baca, jangan tak baca tau.






Ahah! Inilah games yang aku main hari tu. Gameplay dia memang unik malah lebih gempaq daripada Splinter Cell's yang dikeluarkan oleh syarikat permainan video yang sama. Nama permainan video ini ialah Assassin's Creed yang mengisahkan seorang pemuda bernama Desmond Miles yang telah diculik oleh sebuah syarikat perubatan, Abstergo Corporation. Dahla kena culik, pastu dijadikan bahan eksperiman macam guinea pig pulak tuh. Huish, kejam betul saintis yang kerjakan dia tu.  Nak dapat komisyen dari kerajaan US ahli korporat sanggup pulak dia buat Desmond macam binatang.

Yang menariknya, bila korang tengokmakmal yang Desmond kena test tu. Memang high-tech gila bapaklah. Tapi satu benda yang cool-nya, mesin yang digunakan sebagai apparatus untuk mengeksperimen si Desmond ni. Iaitu Animus, sejenis gajet yang boleh merungkai DNA manusia demi meneroka hidden ancestral memories iaitu ingatan generasi terdahulu. Ingat tak alter terahsia yang Mistisfiles sibuk duk ceritakan tu. Hah, inilah gajet yang boleh diaplikasikan dalam ujikaji-selidik Mistis Organisation tu. Amacam, bernas tak idea aku?

Orait2, kita berbalik pasal games itu tadi. Desmond telah dibawa ke zaman moyangnya di  waktu Perang Salib ke-3. Ketika itu, moyangnya Altair Ibni Al-Lahad merupakan pengikut Syiah fahaman Nizari(bukan bekas MB Peyrock tu tau!!) atau lebih tepat lagi golongan Hashashin. Ya, penghisap ganja yang kerjanya membunuh orang jika diberi upah yang lumayan bergantung pada sasaran mereka. Antara watak-watak yang disebutkan dalam game adalah Salahudin Al- Ayyubi pahlawan Islam yang membebaskan kota Baitulmaqdis dari tangan tentera salib! meskipun muka dia tak kelihatan langsung. Manakala yang lain pula adalah tentera salib laknat yang kerja mereka merasuah dan menjalankan kuat kuasa ala kempeitai Jepun dan Bintang Tiga. Mission korang dalam game ni mestila bunuh orang, apelagi beb. Bukan sebarang boss pulak tu. Majoritinya perasuah tegar yang memanipulasikan  Perang Salib ni demi kepentingan peribadi dorang. Boleh dikatakan Hashashin ni SPRM era Medieval jugakla.. hihihihi. 




Tapi senjata utama dia memang tak boleh belah langsung. Fulamak, alangkah bagus kalau aku ada satu. Ini dia hidden-blade. Syok betul bunuh musuh pakai pisau ni. Bayangkan, bila kau nak assault musuh secara stealth dari belakang kemudian tamatkan riwayat dia dengan sekali tikaman ke leher (instant kill). Bak kata orang Indonesia, lebih keren dari ninja!!! Grafik dia toksah cakap, boleh dikatakan realistik habis. Kota-kota lama yang terdapat dalam dunia AC memang nampak seperti hidup dan tidak statik, ditambah pula dengan suasana hiruk-pikuk saudagar berniaga, pengemis dan tidak lupa pengawal kota yang asyik curiga dengan pergerakan Altair sepanjang perjalanan game ni.

Macam biasalah kan, permainan video mana yang takde kekurangan. AC ni pun tak terlepas dari defects sebegini. Agak panas hati jugak aku main masa tu. Terlalu repetisi dan klu-klu yang menyakitkan kepala. Disamping, musuh-musuhnya yang terlalu pandai sangat. Tapi apapun pengalaman aku main ni bukan sesuatu yang merupakan. Oh ya, jangan tak beli Assassin's Creed 2 pula ya. Aku dengar semua cacat celanya dalam siri pertama dah dipulihkan dan jalan cerita lebih menarik dan baru keluar pasaran pulak tu. Btw, jangan tak tunggu  pulak posting aku yang lain tau. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment