Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

I Know What You've Did Last Thursday.. Ehem2 (Part 2)

0 comments

Tuesday, December 8, 2009

Hmm.. Apa yang aku buat hari Khamis lepas ah?? Cuba ingatkan balik..(Bhgn 2)

Orait, nak tau sambungan pasal cerita kelmarin tak? Okay, aku teruskan cerita aku pasal Xbox360 tu. Korang semua mesti nak tau games ape yang aku main on that wonderful evening kan?

Hahaha.. kita dengar ulasan dari wartawan hasil asuhan Mastika Idol ni menyampaikan kupasan beliau mengenai permainan video yang beliau mainkan menerusi TV LCD 40inci. Baca, jangan tak baca tau.






Ahah! Inilah games yang aku main hari tu. Gameplay dia memang unik malah lebih gempaq daripada Splinter Cell's yang dikeluarkan oleh syarikat permainan video yang sama. Nama permainan video ini ialah Assassin's Creed yang mengisahkan seorang pemuda bernama Desmond Miles yang telah diculik oleh sebuah syarikat perubatan, Abstergo Corporation. Dahla kena culik, pastu dijadikan bahan eksperiman macam guinea pig pulak tuh. Huish, kejam betul saintis yang kerjakan dia tu.  Nak dapat komisyen dari kerajaan US ahli korporat sanggup pulak dia buat Desmond macam binatang.

Yang menariknya, bila korang tengokmakmal yang Desmond kena test tu. Memang high-tech gila bapaklah. Tapi satu benda yang cool-nya, mesin yang digunakan sebagai apparatus untuk mengeksperimen si Desmond ni. Iaitu Animus, sejenis gajet yang boleh merungkai DNA manusia demi meneroka hidden ancestral memories iaitu ingatan generasi terdahulu. Ingat tak alter terahsia yang Mistisfiles sibuk duk ceritakan tu. Hah, inilah gajet yang boleh diaplikasikan dalam ujikaji-selidik Mistis Organisation tu. Amacam, bernas tak idea aku?

Orait2, kita berbalik pasal games itu tadi. Desmond telah dibawa ke zaman moyangnya di  waktu Perang Salib ke-3. Ketika itu, moyangnya Altair Ibni Al-Lahad merupakan pengikut Syiah fahaman Nizari(bukan bekas MB Peyrock tu tau!!) atau lebih tepat lagi golongan Hashashin. Ya, penghisap ganja yang kerjanya membunuh orang jika diberi upah yang lumayan bergantung pada sasaran mereka. Antara watak-watak yang disebutkan dalam game adalah Salahudin Al- Ayyubi pahlawan Islam yang membebaskan kota Baitulmaqdis dari tangan tentera salib! meskipun muka dia tak kelihatan langsung. Manakala yang lain pula adalah tentera salib laknat yang kerja mereka merasuah dan menjalankan kuat kuasa ala kempeitai Jepun dan Bintang Tiga. Mission korang dalam game ni mestila bunuh orang, apelagi beb. Bukan sebarang boss pulak tu. Majoritinya perasuah tegar yang memanipulasikan  Perang Salib ni demi kepentingan peribadi dorang. Boleh dikatakan Hashashin ni SPRM era Medieval jugakla.. hihihihi. 




Tapi senjata utama dia memang tak boleh belah langsung. Fulamak, alangkah bagus kalau aku ada satu. Ini dia hidden-blade. Syok betul bunuh musuh pakai pisau ni. Bayangkan, bila kau nak assault musuh secara stealth dari belakang kemudian tamatkan riwayat dia dengan sekali tikaman ke leher (instant kill). Bak kata orang Indonesia, lebih keren dari ninja!!! Grafik dia toksah cakap, boleh dikatakan realistik habis. Kota-kota lama yang terdapat dalam dunia AC memang nampak seperti hidup dan tidak statik, ditambah pula dengan suasana hiruk-pikuk saudagar berniaga, pengemis dan tidak lupa pengawal kota yang asyik curiga dengan pergerakan Altair sepanjang perjalanan game ni.

Macam biasalah kan, permainan video mana yang takde kekurangan. AC ni pun tak terlepas dari defects sebegini. Agak panas hati jugak aku main masa tu. Terlalu repetisi dan klu-klu yang menyakitkan kepala. Disamping, musuh-musuhnya yang terlalu pandai sangat. Tapi apapun pengalaman aku main ni bukan sesuatu yang merupakan. Oh ya, jangan tak beli Assassin's Creed 2 pula ya. Aku dengar semua cacat celanya dalam siri pertama dah dipulihkan dan jalan cerita lebih menarik dan baru keluar pasaran pulak tu. Btw, jangan tak tunggu  pulak posting aku yang lain tau. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I Know What You've Did Last Thursday.. Ehem2

0 comments

Sunday, December 6, 2009

Hmm.. Apa yang aku buat hari Khamis lepas ah?? Cuba ingatkan balik..

Aku ingin bertanyakan korang semua, ape yang berlaku kat korang last Thursday.. Korang semua gi shopping ke?, Tengok LIMA kat Langkawi?, skodeng awek jiran mandi sambil berkemban,? Lepak ngan member kat kedai mamak dan berborak match bola EPL atau ape2 je korang rase berfaedah untuk masa depan korang.. Okay, tinggalkan semua soalan aku tadi tu dan dengar cerita aku.. Aku pun ade bende yang aku buat time tuh.. Takkan la aku nak duk melangut jer rumah time cuti semester yang pendek ya amat nih..

Semenjak 20 November lepas, iaitu sejurus lepas habisnye final exam aku. Kehidupan aku boleh agak dull jugaklah. Yela, 4 bulan bersama member sekolej beb.. tetiba kena berjauhan sebab cuti. Pergh.. Aku dapat rasakan kebosanannya. Aku memang rancang tak nak buat kerja part-time sebab paham2 jela cuti ni pendek sangat (21 Disember kolej aku da bukak balik dah), jadi dengan tidak melengahkan masa yang ada ni aku berjinak2 la dengan Nuffnang ni untuk mendapat pendapatan sampingan (hehehehehe) walaupun cheque-nyer belum masyuk lagi. Nak melepak ngan budak kaki shisha?? Mau kena lalok cam bulan tujuh lepas beb!!  huhu. Dengan penyertaan aku di dalam Nuffnang ni, diharapkan la jugak 12 bulan nanti aku akan menjadi blogger of the month macam Kak Iz kita tu erk.. hahahaha

Sebenarnya aku memang dah buat perancangan strategik sebelum cuti ni pun.. (^_-).. aku ada plan nak buat kerja biasanya budak kaki play jer yang akan buat.. hehehehe.. nak tau yang aku nah meh sini tengok..






HAH!! TURUN LAGI..:)












CHOP2!! SIKIT JER LAGI..^_^






AHAH!! NI LA DIA SI CANTIK MANIS LAGI BERSERI INDAH NAN AYU YANG AKU DOK KEPINGIN NAK KERJAKAN TU..



Hah!! Apa macam bro? puas hati tak dah dapat tau rahsianya.. Aku yakin, si otak blue yang nak baru ternaik "panji" confirm dah jatuh "tiang bendera"nya bila tengok gambar Xbox360 nikan?.. haha,, Ataupun lain la kalau korang teringatkan game ni yang dotdotdot tuh..





P/S : Cerita nie blom habis lagi tau.. Tungguuuuuuuuuuu....





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS