Ucapan Aidilfitri Dari PKDM Buat Semua Umat Islam

0 comments

Thursday, September 9, 2010

PENJEJAK KONSPIRASI DALAM MIMPI KEMBALI BERSAMA ANDA SELEPAS 9 BULAN!!!

Assalamualaikum saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya buat sesiapa yang berkunjung ke warung kopi saya yang serba sederhana ni. Di sini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi bersama saya di dalam ruang blog  saya ini. Ingin saya beritahu, sudah hampir 9 bulan saya tidak mengupdate blog saya ini akibat kesibukan tugas saya seorang pelajar di sebuah IPTS di ibu negara. Sememangnya, betapa packed-nyer jadual saya telah menyebabkan saya 'terlupa' untuk mengemaskini bahkan melupakan terus blog ini. Aduhai, leka sungguh saya melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar. Bukan niat saya mahu blogging tapi tiada masa langsung. Nak perah idea taruk ape pun gua tak tau beb! Seyez do'h..

Okeylah, enough of it. Diam tak diam rupanya aku dah dekat nak habis ibadat puasa kita di bulan Ramadhan ni. Tak sedar pula dia nak melabuhkan tirai dan menyambut Syawal pula sebagai tanda kita umat Islam meraikan kemenangan menentang hawa nafsu selama 30 hari. Well, bagaimana erk guys? cukup tak korang berpuasa. If kalau korang girl's aku paham-paham jela naper korang tak boleh puasa full kan. Tapi bagi lelaki pulak cuba bagi alasan bagi alasan yang konkrit kenapa korang tak puasa? Hah, soalan cepu mas tu. Reti tak korang nak jawab? Amacam, ade beran? Oraitlah semua tu, ni aku tanye pulak ape preparation korang sepanjang nak raya nih. Baju and segala kelengkapan semua dah korang dah beli tak? Mesti korang semua pakat beli last-last minutes kan. Takde maknenyer korang nak tempah baju raya dah. Aku pun beli 2 minggu sebelum raya jugak. Niat di hati nak pakai baju melayu Teluk Belanga, tapi lastly dapat yang Cekak Musang jugak aduyai. Terpaksalah postpone niat tu untuk next year. Kasut pun aku pakai Crocs jela, tak mau nak mewah-mewah lagi. Leceh do'h pakai kasut. Nak masuk rumah sedara siap kene tanggal stokin lagi pulak tuh. Nak solat apa lagi beb.Hmmph!!. 

Sembilan bulan dah berlalu, tahun 2009 meninggalkan kita dengan 1001 kenangan pahit dan manis. Segala suka dan duka perjuangan untuk meneruskan hidup memberi aku seribu satu makna buatku. Bertemu kawan baru melalui ruangan internet telah sedikit sebanyak membantu mematangkan fikiranku menjadi seorang yang lebih terbuka fikirannya disamping dapat mempelajari bagaimana untuk memahami isihati dan psikologi seorang perempuan(hehe, yang ini aku rasa belum master 100% beb!!) sungguhpun ianya tetap tidak menjadikan aku seorang lelaki berjiwa jiwang karat. Aku dapat kawan, aku hilang kawan semua dah semacam menjadi perkara biasa dalam hidup aku. Dulu okay berkawan sekali bila kenal mamat mana entah terus tinggalkan aku. Aku tidak hairan langsunglah. Ramai kawan aku boleh cari dalam dunia ni. Tahun 2010 ni juga tak kurang hebatnya. Segala pahit getir perjuangan seorang anak muda ini semakin terbakar meluap-luap dan semakin kencang dalam darahnya. Macam-macam dugaan yang mendatang, kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya di tengahari. Kalau nak diikutkan naluri kepahlawanan yang membuak-buak didalam kepalaku, mahuku tebas, cincang, libas dan sepak terajang saja Dajjal-dajjal yang merosak hidup dan menghancur harapan aku. Tapi apakan daya, Allah Maha Kaya dan fikiranku masih waras. Imanku tetap kugenggam mengatasi hawa nafsu yang meluap-luap di hati kecil ku ini. Sejujurnya, aku sudah bosan dengan permainan dunia yang penuh tipudaya ini. Manusia, apabila baik perilakunya bagaikan seorang ahli Sufi yang suci, murni dan luhur budi pekertinya. Akan tetapi, apabila menjadi jahat. Sifatnya tak ubah seperti sang pengikut Wahhabi yang angkuh, bongkak dan tak berhati-perut!. Bosan sungguh aku melayan anak cucu Adam dan Hawa yang berajakan Iblis ini. Aku hanya mampu berdoa ke hadrat Illahi agar diberikan petunjuk golongan sebegini. Agar mereka bisa terlepas dari azab kubur dan seksa api neraka kelak. Aku harapkan Ramadhan ini memberikan makna buatku dan Syawal ini memberi seribu-satu nikmat dari keberkatan ibadatku.

Di sini aku ingin menyusun 10 jari memohon segala kemaafan jika aku terkasar atau tersilap bahasa dengan anda. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin
Minal Aidzin Wal Faidzin







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS